Tuesday, 28 October 2014

Imaginasi Terulung

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.. Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Hampir dua bulan di Sabah, sudah beraktiviti bersama Aqsa Syarif Sabah.. Walaupun hanya menjaga booth di Festival Hijrah, Masjid Bandaraya (Likas 1), KK cukup untuk diri ini melepaskan rindu untuk beraktiviti dibawah naungan Aqsa Syarif..

Walaupun suasananya berbeza, ruhnya tetap sama.. Sungguh.. Kerinduan pada SUF menyala-nyala.. Banting, tabung... Segalanya mengingatkan pada SUF.. :')

Walaupun agak terkilan tak dapat bersama di medan Humanity Night pada 20 Oktober 2014 yang dijalankan di IIUM, Gombak.., tapi diri ini puas.. Melihat dan merasai hamasah dan ruh jihad dari sana.. :')
Terkesan sangat.. Makin membara untuk menanam 'sawi' di sini.. 

3 tahun di Sabah.. akan aku sulam segala cita dan cinta.. Meninggalkan khazanah jiwa.. Menghidupkan hati yang alpa.. isu PALESTIN, SYRIA, IRAQ, BURMA, SOMALIA, dan sewaktu dengannya, menjadi tidak asing di bumi bawah bayu ini..

Ya,, bunyi memang sembang kencang.. Tapi, akan aku susul dengan gerak.. in syaa Allah.. Ku sahut seruan jemaah!! 

Ku ketepikan untuk berfikir tentang natijah,.. tapi, sedang melukis setiap tapak untuk menjejak.. Mengusik hati ummah sepertimana Baba mengusik hati kami.. Mengusung semangat waja seperti Mama.. Penuh hamasah seperti ahli SUF.. Mencelik ummah membebaskan al-Aqsa..

Akan ku ukir imaginasi ini secantik mungkin.. "Sabah Cakna Isu Ummah!!"

Kerana apa?

Kerana Sultan Muhammad al-Fateh juga berimaginasi tinggi untuk menawan Kota Konstantinopel..

mengapa tidak kita??

Maka, untuk itu..

Diri ini menyeru para rijal dan nisa'!!! Jom berimaginasi bersama..
Menggerakkan SUF Sabah bagi merealisasi lukisan impi..

"You and I Have the Power!!"

Monday, 6 October 2014

D3M

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahi rabbil 'alamin..


Sudah lama rasanya tidak meng'update' blog.. Kononnya sibuk sangatlah kan.. Ahahahaha..

Bismillah, Alhamdulillah.. Sudah lebih sebulan diri ini bermusafir di negeri Sabah demi mengaut setitik dari luasnya ilmu Allah dimuka bumi ini.. Sosiologi dan Antropologi Sosial (ANSOS). 

Bergelar sebagai mahasiswa baru UMS mengajar aku hidup berdikari. Manakan tidak, sepanjang 20 tahun hidup, ini kali PERTAMA aku berjauhan dari keluarga. Pada mulanya bukan senang untuk aku melepaskan bumi semenanjung. Dimana terlalu banyak kecintaan yang aku ada disana. Baru sahaja membina 'karier' sebagai mobbers. Tup tup, kena tinggalkan semuanya. Mahu tak sedih!! Kerapuhan melanda. Sampai tengok mafla pun tak boleh.. MELELEH!! Hadoii.. Memang parah sangat aku masa tu..

Maka, diminggu-minggu terakhir sebelum aku terbang ke Sabah, aku pulun habis-habisan segala aktiviti SUF. Menemankan kakak kesayangan, Wan Muslihah Wan Azrie, beraktiviti bersama-sama sebahagian kecil keluarga SUF sebagai bekalan pengubat rindu di Sabah nanti. Cehh! Berkarat jiwang aku ni.. :p

Diminggu-minggu terakhir sungguh asyik aku berendam airmata. Over sangat.. Padahal Sabah je.. -.-"
hmm.. Tak kisahlah.. Nak jugak!! hahahaha..

Dipendekkan cerita, pada hari nak fly aku dah azam tak nak nangis depan family. TAK NAK!!
Masa salam mak, ayah, atok, nenek, makcik, pakcik, pakngah, adik-adik yang hantar CUBA TAHAN airmata sedayanya.. Atok, nenek, mak dan adik dah banjir dah.. Ayah pun mata dah bertakung..
'Erghhh.. KUAT AISYAH.. TAHAN!!!' Berkaca sudah mata.

Masuk je balai berlepas, pecah empangan.. BANJIR oii.. hahahaha.. tak kisahlah.. Asalkan bukan depan family.. 1st time jauh dari family kot.. Tolong faham ye semua.. :3

Dah lah 1st time nak fly.. Gerak sendirian lagi.. Wuhoo.. Bajet qawiy je budak kecik ni.. hahahaha..

Jejak pertama di bumi Sabah, aku mulakan dengan senyuman. No more tears. Alhamdulillah. Tidak ku tahu dari mana datangnya kekuatan itu selain dari Allah jua. :')

Hanya ikut hayunan kaki mana nak pi masa tu.. hahaha.. Cara macam dah selalu saja turun airport.. Tak ada rasa risau langsung nak ambil luggage kat mana.. Ikut saja mana langkah kaki nak pi sambil main phone.. hahahahaha.. Mana taknya, on saja phone, berduyun-duyun whatsapp masuk.. hahahaha

Baca salah satu whatsapp... 'Jumpa bulan 1 nanti.' Sudah cukup buat aku senyum sampai ke telinga. Tapi, kenapa bulan 1??? hahahahaha.. Rupanya cuti sem.. hahahahahahahahahaha.. Sampai UMS baru ku tahu.. Sabar jelah..

Kaki terus melangkah nampak papan tanda luggage.. Ahah.. Yes!! hahaha.. Terus ke sana.. Then, tunggu laaa.. :)

Tak bawa banyak pun.. Satu beg besar, satu beg kecil. Tu pun aku dah rasa banyak. Ambil troli cari jalan keluar. Alhamdulillah, jumpa. Siap ada kaunter UMS lagi. Alhamdulillah, mudah urusan..

Tapi, terkejut bak ang.. Depa punya beg macam taknak balik rumah dah.. hahahahahaha.. tercekik air liuq sendiri tengok pelajar lain punya beg.. hahahaha

Dipendekkan cerita, ada bas angkut kami ke UMS :)  Segala urusan kemasukan aku selesaikan haritu juga. Jam 2 siap segala urusan.. pheww.. Alhamdulillah

Lepas letak beg dalam bilik, cari surau blok untuk solat zohor.. Allah!! Celah mana surau ni???
Alhamdulillah, jumpa dua orang akak senior, Kak Izzatun dan Kak Akma.. Depa tolong tunjukkan jalan.. :')
Tunggu aku habis solat, then depa temankan aku cari barang keperluan di Mart Kolej Kediaman.. :')

Baik sangat akak dua orang ni.. Siap bagi timetable solat KK :') Alhamdulillah.. Dipermudahkan segala urusan :')

After that, letak barang dekat bilik, jumpa lah my roomate. Chinese. Sing Tyng.. Baiknya dia!!!!!!!!!! dia ajak pergi cari penyapu, dll.. tongtong duit..:)

*****************************************************************************

Sekarang, sudah sebulan lebih aku bergelar mahasiswi UMS.. Alhamdulillah, segalanya lancar. Allah mudahkan :')

Benarlah segala sesuatu itu pasti berhikmah.. :')

Siapa sangka, tertubuhnya SUF Sabah?? :3

Kak Anna memang daebak!! Tanpa dia, SUF Sabah hanya angan-angan.. Jazakillah sayang :')

To Kak Mus, Mama, Baba, Ustaz Rafi, Crew SUF Induk dan mobbers SUF.. Takkan terealisasi SUF Sabah tanpa kalian.. Syukran jiddan lillah :')

Special thanks to my parents!! Terima kasih atas redha kalian :')

In syaa Allah..

Saya Mahasiswi.. Mad'u.. Dai'e.. Mobbers..

Sabahan, Wanna STAND with us?? Come join us!!! STANDUP FLASHMOB SABAH

"YOU AND I HAVE THE POWER!"

LIKE OUR PAGE: StandUp Flashmob Sabah

Thursday, 17 July 2014

15 Julai 2014

Bismillahirrahmanirrahim
Sollu 'alannabi..


Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

Tiada apa yang mampu aku ungkapkan selain kalimah suci memuji Yang Kuasa.. 

Alhamdulillah.. dengan izin Allah, aku berpeluang lagi untuk bersama SUF dan Bikers4Aqsa dan juga Muadz menawan Jalan TAR kelmarin.

Alhamdulillah, ramai sukarelawan yang turun bagi bersama-sama menunjukkan solidariti bersama Palestin.. Penyertaan yang banyak dari pelbagai latar belakang dan institusi pengajian seperti UIA, KUIS, IIC, UNISZA, UTM dan banyak lagi, termasuklah lepasan STPM 2013.
Inilah Baba :3

Ucaptama oleh Baba, sangat menyuntikkan semangat untuk para sukarelawan bergerak dan menyumbangkan suara melaungkan kata-kata yang menunjukkan solidariti dan ayat-ayat kesedaran.. (cehh ayat.. hahaha)

Bertambah lagi semangat apabila laungan takbir bergema sebelum para sukarelawan bergerak edar flyers, angkat poster, dan pegang tabung..

Setiap mobbers mainkan peranan masing-masing.. Penuh bersemangat melaungkan ayat-ayat kesedaran.. Allah.. tersentuh.. bermacam-macam versi ayat-ayat 'sastera' yang berkumandang..

team bikers4aqsa

Kibaran bendera Malaysia dan Palestin dihadapan Maybank dan sepanjang jalan yang dipegang oleh para sukarelawan..

Lagu-lagu semangat berkumandang sepanjang aktiviti berlangsung diselangi ucapan penuh semangat oleh Mama Mas dan beberapa yang lain..
Mama Mas <3

Alhamdulillah.. sepanjang 2 jam, para sukarelawan berjaya mengumpul sebanyak RM29,297.00 .. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
sebahagian mobbers bersama Muadz

Jadi, ada yang berminat untuk menyertai kami?? in syaa Allah Palestine 3.0 akan dijalankan pada Sabtu ini, in syaa Allah.. Sekali lagi akan menawan Jalan Tar.. in syaa Allah.. so save your date and COME JOIN US!!!

SUF + Bikers4Aqsa + Muadz

Ahaa.. esok jom sama-sama kita banjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam.. Pelbagai aktiviti akan dijalankan. Antaranya, bazaar Gazza, kutipan tabung, lelongan, persembahan pentas, pameran dan lain-lain. So, jom join event ini. Jom, bersama menunjukkan solidariti kita bersama Gaza..




PEDULI UMMAH!!

Sunday, 13 July 2014

AP + SUF

Bismillahirrahmanirrahim..
Sollu 'alannabi..

Berkampung di hadapan Masjid India bersama Aman Palestin, bersama bro and sis bikers di Jalan Tar dan beriftar jam'ie di tapak bazar Kg Baru bersama Mobbers SUF.

Rancangan last minute untuk join Aman Palestin sebab dapat tahu malam 11 Julai memang gempak.. Just gerak turun Jalan TAR.. sampai sesat-sesat cari dimana lokasi team Aman Palestin tengahari itu. Dengan mengharungi kebanjiran warga Malaysia yang bershopping raya, pergghhh, CUBAAN..

Hampir sejam mengharungi banjir manusia ditengah Jalan TAR, akhirnya jumpa juga dengan team Aman Palestin yang berkumpul dihadapan Masjid India.. Itupun selepas call Kak Fasi.. :3 Alhamdulillah..

suasana yang crowded dihadapan Masjid India


Sampai sahaja sangkut mafla dileher dan capai tabung. So, bermulalah misi kutipan derma selepas kedatangan duta Aman Palestin, Heliza Helmi, PU Razi dan Mr Bie.. dan ucaptama oleh Heliza Helmi..

Sambil kutip derma, Akh Azmir sentiasa melaungkan kata-kata semangat dan laungan TAKBIR!! dan diselangi dengan tazkirah dan perkongsian daripada PU Razi.

Sempat juga Mr Bie menyanyi time tu :3 layann~~  kemudian, Mr Bie ulas sikit pasal isu Palestin.. then sambung hulur tabung..

Tahukan bagaimana keadaan disini.. of course ramai orang.. Apatah lagi dah masuk mood 'raya'.. Crowded.. Tetapi, dalam keadaan yang crowded ketika itu, mata aku tertancap pada seorang lelaki buta. Berbaju pink, membawa beg galas biru. Apa yang menarik perhatian aku adalah ada titis jernih yang mengalir dari matanya. Yupp, dia menangis. Aku tak tahu kenapa dia menangis tapi sungguh, hati aku tersentuh melihat dia. Persoalan bermain diminda. Mengapa dia menangis? Memang nampak sayu sangat. Adakah kerana Palestin atau kerana teringat ibu bapa beliau.. Yalah, lagu raya rancak berkumandang. Persoalan terus berlegar hinggalah keesokannya. Aku mendapat jawapan sahih menerusi fb PU Razi (Duta Aman Palestin).

"Saya ingin kongsi pengalaman saya di jalan TAR siang hari tadi. Seorang buta sambil mengesat airmata bertanya kepada saya, "nak, ni tabung Palestin ke? Ya, "terus dia ambil semua duit dari dompetnya berjumlah RM50. Sambil memegang tongkat pakcik buta ini berdoa agar Allah selamatkan Palestin. Ya Allah kerdilnya diri ini berbanding insan buta yang pemurah tadi." - PU Razi
Allah.. sungguh.. Aku malu.. Sebagai seorang yang sempurna segala pancaindera tetapi jika tidak cakna dengan isu UMMAH ini, aku malu. Semoga Allah merahmati beliau. Semoga Allah permudahkan perjalanan beliau. May Allah grant him JANNAH, in syaa Allah.. :')


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..!! Ramai sukarelawan yang turun dan banyak tabung bergerak.. :')

Tapi, kami terpaksa balik awal untuk ke Kg Baru pula.

Sampai sahaja di LRT Kg Baru, tunggu mobbers lain.. Naik atas, rupanya dah ramai.. Alhamdulillah.. Sambil tunggu arahan CREW, kami berukhuwah sat.. hahhh.. hambik bila aisyah berceloteh.. tak reti nak berhenti,,.. hmm.. layan~~ hahahaha (assifni)

Then, berkumpul untuk dengar briefing daripada CREW.. jeng jeng.. tiba-tiba kami diarahkan berpecah, sebahagian daripada kami perlu ke Jalan TAR untuk bersama team bikers disana.. Ikhwah 8 orang, Akhawat 5 orang.. tak cukup akhawat 2 orang, kami (aku dan Kak Ziha) tawarkan diri untuk pergi sana.. PATAH BALIK LAA KAMI..

After asar, bergerak ke Jalan TAR.. headband STAND UP dipakai.. (waaa~~ rinduuuuuu) tabung dan poster diagihkan.. then berpecahlah kami ambil port masing-masing..

mobber akhawat SUF- Jalan TAR


Mula-mula pasif saja.. then Kak Dira suruh 'berborak' dengan pengunjung di sana.. Aku copy paste je ayat Kak Dira dari mula sampai habis.. hahaha..  (keluar suara kawad cheq.. :3 )


Alhamdulillah, tak putus orang datang memberi sumbangan.. :') Dari yang tua hingga yang kecil.. tak kira bangsa dan agama.. :')

mobbers SUF bersama team bikers

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. :')

Dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam, kami team SUF dan team bikers berkampung di Jalan TAR.. kemudian, kami berpatah balik ke Kg Baru untuk beriftar jam'ie bersama team SUF yang bertugas di bazar Ramadhan Kg Baru..

team SUF di Kg Baru

"Sesungguhnya, dalam rezeki kita ada hak orang lain."


Alhamdulillah, kutipan yang kami dapat semalam bersama team SUF sebanyak RM13,378.45 T.T


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. kutipan selama 2 jam dapat sebanyak itu..

Kutipan bersama Aman Palestin pula adalah sebanyak RM73,000.00 tidak termasuk syiling.. Subhanallah.. :') 

Allahu Akbar.. Terima kasih Malaysian :')
Mari kita terus cakna tentang isu Palestin, Syria, Burma, Somalia, Mesir, Rohingnya dan seluruhnya.. teruskan membaca Qunut Nazilah.. jangan pernah melupakan mereka dalam setiap sujud.. moga Allah redha..


Sumbangan boleh disalurkan melalui NGO-NGO seperti Aman Palestin : http://www.amanpalestin.net ; Aqsa Syarif : http://www.aqsasyarif.org.my dan beberapa NGO lain..

Jzkk.. Assif atas segala kekurangan.. teruskan cakna.. :)

Thursday, 3 July 2014

WAD Kesayanganku

Bismillahirrahmanirrahim..


Allahumma solli 'ala saidina Muhammad.. wa 'ala alihi wa sohbihi wassalam ..

WAD..
haa... ok.. WAD ini tiada kena mengena dengan hospital.. hehe

WAD-(We Are Dai'eah)

Grup ukhuwah di wechat yang pertama sekali aku join. :')

Ingat lagi time pertama kali join WAD ni.. 2 hari baru join, dilantik jadi 'jaga' untuk WAD5.. Berbekalkan ilmu yang tahap buku lali ini, memang tak layak untuk jadi 'jaga'.. Tapi, kita kan saling melengkapi. :') Maka, aku bersetuju setelah didesak oleh admin shomel, Fiqah. Maka, bermulalah tugas aku sebagai 'jaga' WAD5.

Dari grup yang krik krik, Alhamdulillah, grup semakin aktif. Notifications tidak henti masuk selagi bukan waktu larangan.. :')

Kemudian, grup dikemaskini. Daripada 5 menjadi 3. Ahli semakin ramai. Cabaran makin bertambah. Ukhuwah juga makin erat. Allahu Allah. :')

Walaupun tak pernah bersua, tapi gayanya macam bertahun kenal.. Cehh.. hahaha
Haihh, teringin nak jumpa mereka, dok dalam bulatan gembira sama-sama sambil bermain mata.. Cewwahh

Umar r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Di antara hamba-hamba Allah ada manusia yang bukan para nabi dan bukan pula para syuhada, tetapi pada hari qiamat para nabi dan para syuhada cemburu kepada mereka kerana kedudukan (istimewa)nya di sisi Allah.” Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah! Beritahu kami siapakah gerangan mereka itu?” Rasulullah saw menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana hubungan keluarga dan bukan kerana harta yang mereka saling berikan. Demi Allah! Muka mereka itu bercahaya, mereka berada di atas cahaya, tidak merasa takut ketika orang-orang lain merasa takut, tidak berdukacita ketika orang lain berdukacita”.

Wahai warga WAD (yang sudah bertukar nama kepada Wardatul Da'ieah), tiada apa yang mampu akak ungkap selain sayang kamu semua lillahi ta'ala.. :')
Walaupun kita tak pernah bersua muka (except ukhti Ayu, ukhti Amira) tapi rindu kamu!!!!
In syaa Allah, berjodoh pasti berjumpa kalian. :')

p/s: bertemu dengan Ayu dengan Amira ketika Flashmob SUF di KL Sogo 30 Mac 2014 yang lepas. jumpa depa, peluk sampai tak bole bernafas.. hahahaha... rindu kamu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! In syaa Allah jumpa Ayu next week :3

Riwayat ath-Thabrani, Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu dengan saudara muslimnya, lalu berjabat tangan, gugurlah dosa kedua-duanya sebagaimana berguguran daun-daun dari pohon ke bumi di suatu hari yang berangin kencang, diampunkan dosa kedua-duanya walaupun dosanya seperti buih di lautan”. 

............................................................................................................................................................

haa.. bagi yang berkesempatan, moh join kami di Kg Baru pada 12 Julai 2014 sempena Flashmob Ramadhan 4 Palestin dan Syria under StandUp Flashmob pada jam 5.00 petang.. Ifthar bareng yukk!! berkumpul di LRT Kg Baru :)

“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.”
[Qs.49 (al-Hujuraat):10] 


Jadi, ayuh! Peduli UMMAH !!


Tuesday, 1 July 2014

Maii Pakat Order :3

Bismillahirrahmanirrahim..

Ok post kali ini memang lain macam sikit.. hehe.. assifni..

jadi, straight to the point tanpa belok-belok, cheq nak habaq sikit, in syaa Allah, sempena syawal ini, cheq ada juai kuih raya sempena syawal tahun ini.. in syaa Allah..

jadi, pakat maii order.. bole pm di facebook cheq, https://www.facebook.com/siti.btsabarudin

or whatsapp ditalian 0123356340

meyh cheq belanja gambaq..








so, maii pakat order naa.. jzkk :)


btw, sempena ramadhan ini, tingkatkan amal dan beramallah seperti ramadhan ini ramadhan terakhir kita.. jadikan ramadhan kali ini lebih bermakna.. dan didik diri dengan amalan-amalan sunnah supaya ia tidak hanya dilaksanakan ketika ramadhan tetapi diteruskan pada bulan-bulan yang akan datang.. :)



Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

moga Allah redha.. RAMADHAN KAREEM :)

Sunday, 11 May 2014

YOUTHACE 2014

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Alihi Wasohbihi Wasallam..



YOUTHACE2014.. Apa benda ni?? Rasanya ada saja yang tak tahu kan?? Jadi, mari kita berkenalan dengan YOUTHACE2014 ni apa dia sebenarnya.. ^.^

YOUTHACE2014, satu program anjuran Langit Ilahi khas untuk para belia. Program ini  adalah kesinambungan dari program anjuran mereka tahun lepas iaitu TEENACE2013.  Program ini mengumpulkan golongan belia didalam sebuah majlis yang penuh dengan ilmu. Perkongsian daripada insan-insan hebat cukup untuk membuatkan program ini gah. Program ini juga membuka mata pemuda pemudi akan peranan mereka yang mampu mereka sumbangkan kepada ummah. Program ini turut membuka ruang kepada para belia untuk berkarya dengan mesej Islamik.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * 

10Mei 2014, telah berlangsung program perhimpunan belia seluruh negara seramai 1500 orang di Flamingo Hotel, Ampang bagi mengimarahkan program YOUTHACE2014. Bukan sahaja pemuda-pemudi dari dalam negara, malah ada juga peserta yang datang daripada Brunei. Program ini telah berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga ke jam 10.20 malam.
 
* * * * * * * * * * * * * * * * * *
Ucapan pembukaan oleh Mr CEO

Ok, cukup kot info yang ada kat atas tu.. ehehehe..

Seriously, setiap slot sangat memberi kesan kepada hati.. Dari ucapan mukaddimah daripada CEO Langit Ilahi, Hilal Asyraf hinggalah ke slot yang terakhir terisi dengan input-input yang sangat bermanfaat.

Dalam ucapan mukaddimah Hilal Asyraf, aku terkesan dengan kata-kata Murabbi beliau tentang menyampaikan dakwah, "Kita ini sebenarnya terlalu berhati-hati ke malas?"

Kita suka memberi alasan dan terus mencipta alasan untuk menyampaikan dakwah. Jadi, bagaimana Islam itu nak tertegak jika terus malas dalam berdakwah dan di dakwah?

Dalam usaha dakwah tiada perkataan MENGALAH. Kenapa mesti terus mencipta alasan untuk tidak berdakwah jika ada yang tidak menerima dakwah kita?

Petikan dari kata-kata Dr Ugi Suharto, "Menanam itu kerja kita, menumbuhkan itu kerja Allah."

Macam itu juga dengan dakwah. Kita terus sampaikan dakwah, mereka nak terima atau tidak itu kerja Allah. Kerana hidayah itu milik-Nya. Kita berusaha, Allah yang tentukan seterusnya.
Inche Emcees- Brother Aiman Azlan

* * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Slot k-2, membawa kami semua terbang ke Turki bagi melusuri kisah Muhammad al-Fateh yang disampaikan oleh Ustaz Syaari Ab Rahman, pemilik Ibrah Paradigm Training and Consultancy.

Slot yang diberi nama, Semangat al-Fateh: Membuka Kemenangan Hari Ini, sungguh membuka mata dan hati kami akan erti perjuangan dan jihad.

Sabda Rasulullah saw semasa di medan perang Khandaq (5H), "Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Hadis ini telah membuatkan al-Fateh percaya bahawa dialah orang yang dimaksudkan. Namun, orang-orang mengatakan dia gila kerana apa? Bagaimana dia mampu untuk meruntuhkan empayar Roma yang telah terbina selama 626 tahun dan empayar Parsi yang telah wujud selama 1025 tahun? Bagaimana dia mampu untuk mengalahkan mereka untuk mendapatkan semula Kota Konstantinopel?

Namun, dengan KUASA PERCAYA, beliau mampu untuk mengalahkan mereka. Tetapi, barang diingat. Kejayaan al-Fateh takkan dapat digapai tanpa bantuan para sahabat dalam usaha menyempitkan Empayar Byzantine.

Bermula daripada Muawiyyah bin Abu Suffian > Bashar Ain bin Arta'ad > Abdul Rahman bin Khalid al-Walid > Sufyan Aus > Yazid bin Muawiyyah > Sulaiman bin Abd Malik >Musallamah bin Abdul Malik > Khalifah Hisham bin Abdul Malik > Khalifah Harun Al-Rasyid >Alp Arslan > Sultan Yeldrim Beyazid > Sultan Murad II > Muhammad al-Fateh.

Kenal Abu Ayyub al-Ansari?? Ya, salah seorang syahid dalam proses pembebasan Kota Konstantinopel daripada kuasa Byzantine. Beliau telah dibedil oleh Greek Fire ketika di medan pertempuran menyebabkan beliau syahid. 

Sebelum beliau meninggal dunia, beliau sempat mewasiatkan untuk dikebumikan di bumi itu. Apabila ditanya mengapa, jawabnya, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". 

Allah.. T.T
Betapa besarnya jiwa jihad mereka.. 

Pelbagai usaha yang dilaksanakan bagi merealisasikan hadis Rasulullah itu. Akhirnya berjaya dengan KUASA PERCAYA.
Ikrar bersama Ustaz Syaari Ab Rahman


* * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Slot k-3, Pemuda dan Aktivisme oleh Dr Baharudin Suri. Membuka mata kami bahawa aktivisme itu mempunyai skop yang besar. Dan sangat memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ummah.

Dan yang paling terkesan daripada slot ini adalah petikan kata-kata Asy Syahis Hassan al-Banna, "Sesungguhnya, aku merindui pemuda/pemudi yang tidak lena tidur malam kerana memikirkn soal ummah."

Jadi, aktivisme adalah salah satu medium untuk kita menyumbang kepada ummah..,
Dr Baharuddin Suri

p/s: jom join flashmob :3

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Slot k-4, Forum, Pemuda Intelek: Taruhan Masa Hadapan oleh Dr Maslee bersama Dr Azizan Ahmad dan Bro Ameen Misran sebagai moderatornya. Slot ini agak berat untuk aku actually.. (ilmu tahap buku lali.. kena banyak baca buku lagi ni).. Menceritakan tentang intelektual ummah. Ada juga menyentuh tentang Syariati (berasal daripada Iran) dan juga Salafi (Mazhab Hambali), kebangkitan di Iran antara golongan ulama' dengan fahaman Khomeini dan golongan intelektual dengan fahaman sosialis. Input ini disampaikan oleh Dr Maslee. Tapi, yang paling memberi kesan dalam ucapan beliau ialah, "......sifat bebalisme dan kepandiran hanya akan melahirkan jongos-jongos(hamba) yang akan jadi menteri."

Kerana apa, kerana kita hanya menerima apa sahaja yang diberi. Hanya mengatakan 'enggeh' dan tidak mepersoalkannya walaupun tidak rasional. Akhirnya, akan berlaku kebanjiran Pak Pandir moden.
Pemuda Intelek: Taruhan Masa Hadapan


Input daripada Dr Azizan Ahmad, HOTS. High Order Thinking Skill. Bagaimana kita mampu untuk capainya kalau kita hanya membudayakan ke'enggeh'an? Orang muda suka argue tentang perkara yang remeh. Itu menunjukkan tahap pemikiran mereka dimana.

Jadi, apakah perkara yang kita selalu argue?? Perkara-perkara kecil yang tak sumbang apa-apa manfaat pun atau sesuatu yang besar yang mampu mengubah diri dan persekitaran?? Tanya diri.. Dimana tahap pemikiran kita..

"Mahasiswa perlu ada sikap 'what's next?' dan tidak berputar dari lubuk yang sama. Jangan tumpu pada satu dimensi sahaja. Nanti dimensi lain akan terbiar."
-Dr Azizan Ahmad

Menurut beliau lagi, pemuda itu dianugerahkan oleh Allah 7 perkara:
  1. Prinsip
  2. Idea
  3. Proaktif
  4. Kata dan Bahasa
  5. Kaya dengan cara
  6. Progresif
  7. Hasil yang produktif
p/s: sila huraikan ikut pemahaman anda.. :3

Slot ilmiah terakhir, Bual Bicara: Aku Pernah Muda bersama Ustaz Zaharuddin, Ustaz Azlan Shah dan Sister Rusni Tajari.

 " Tidak bermaksud kita gagal sekarang, kita akan gagal selamanya. Belajar daripada kesilapan........ Tidak pandai satu benda tidak beerti tidak pandai semua."
- Ustaz Zaharuddin

"Waktu muda memang waktu try and error. But, kita kena tahu limit."
 - Ustaz Azlan Shah

"Ubah cara pemikiran kita dan kita perlu ada keberanian untuk berubah."
 - Sis Rusni Tajari

Aku Pernah Muda- Inche Emcees moderatornya :3


* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Bahagian malam, diisi dengan hiburan mendidik jiwa dari Mr. Bie, Mirwana dengan lagu-lagu mereka, Ameen Misran dengan poems yang sangat terkesan and terngiang-ngiang sampai sekarang, beb!! perghh.. terbaik.. dan pidato yang disampaikan oleh En Abu Ridhwan dengan penuh semangat membakar jiwa!! Dan majlis dibuka dengan alunan ayat suci al-Quran daripada Anas Abdul Hadi (graduanYarmouk University). Dan diselangi dengan penyampaian awards kepada para pemenang bagi setiap kategori yang telah dipertandingkan oleh pihak penganjur.. Mabrook!!
Ustaz Anas Abdul Hadi bertarannum

Moga perkongsian dapat menarik anda-anda semua untuk join YouthAce yang akan datang.. in syaa Allah..
Dan moga ia mampu memberi manfaat kepada kita semua.. in syaa Allah..

"Moga x 'trending' di Twitter shj.tp yg kita harapkn ialah para pesertanya mendapat cetusan untuk benar2 melaksanakn perubahan!"
-Hilal Asyraf

Ameen Misran the poetry

Mr Bie with his parody Islamic songs


Mirwana with their hot songs

sumber gambar dari fb dan twitter :3

Friday, 9 May 2014

Bangga Aku Seorang Mobbers

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahumma Solli 'Ala Muhammad wa 'Ala Alihi Wasohbihi Wasallam..

Flashmob..



Sebelum ini aku tak tahu apa itu flashmob. Satu apapun aku tak tahu apa-apa mengenainya.
sampailah satu hari, seorang sahabat fillah aku ajak untuk join flashmob PRAY4Mesir. Aku setuju dengan rela hati dengan penuh kexcitedannya.

Aku ingat lagi kali pertama aku join flashmob. 29 september 2013. Kami janji untuk bertemu di KTM Sg Buloh dan gerak sekali. Pertama kali join, tak payah cerita la nevesnya macam mana. Malam sebelum itu, tak tidur menambah maklumat tentang isu Mesir yang masih hangat. Punyalah semangat.

Kami bergerak dari Sg Buloh ke KL Sentral dan membuat pertukaran LRT ke Setiawangsa untuk berkumpul dengan Mobbers lain di pejabat IKRAM. Sepanjang perjalanan, banyak berdiam dan ada juga menyuarakan betapa nervous diri ini. Asyik-asyik tengok direction risau terlepas. Ye lah.. Tak pernah keluar jauh.. hahahaha...

Sampai sahaja ke Setiawangsa, kami menapak menuju ke pejabat IKRAM. Sampai dihadapan bangunan yang dimaksudkan, kami tak nampak Mobbers lain. Jadi, kami pi kedai mamak depan bangunan pejabat IKRAM tu, pekena roti canai sekeping. 

Habis sarapan, kami naik ke pejabat IKRAM selepas beramah mesra dengan Waddah, crew SUF.

Apakah SUF tu??

It stand for StandUp Flashmob.

Berbalik pada kisah tadi, menapak masuk saja ke dalam isi perut IKRAM tu, rupanya dah ramai Mobbers yang dah sampai. Salam dan ta'aruf. Beramah mesra lah lepas itu.

Makin lama, makin ramai yang join. Lebih daripada 30 orang kira ramai la kan..

So, seorang Crew SUF, Ibrahim, bermukaddimah dan menerangkan tentatif pada hari itu. Then, kami semua belajar gerakan simulasi bagi 3 buah lagu sekaligus. Fuhh, memang kena catch up habis lah kan. Pagi tu berlatih, petang kami 'hit the street.' 

Then, datang seorang brother. Kami semua dengar penerangan daripada dia pulak. Abang Din namanya. Dia rancang nak buat simulasi lakonan jugak.. 

Dalam hati aku, 'ushh, cam gempak je'.

Then dia nak sesiapa yang sukarela nak jadi pelakon. "Ikhwah semua terlibat. Yang akhawat kami nak 5 orang." Kata-katanya itu membuatkan semua akhawat menunduk.. Termasuklah aku.

Lama berdiam, Waddah tampil sukarela. Aku bermain mata dengan sahabat fillah aku ni, nak ke idak.. Aku da nervous tahap apa dah.. dah lah 1st time join.. Sahabat cheq tu pun sama..

Tetiba ja dia angkat tangan. Mata aku terus membulat pandang dia. Dia senyum sambil berkata, "Pengalaman." Pendek tapi memberi kesan pada diri aku.

Aku berkira sendiri dalam hati. Mungkin ini akan jadi yang pertama dan yang terakhir untuk aku. So, automatically, tangan ternaik sukarela..

After cukup pelakon, dan dah bahagikan watak masing-masing. Kami berlatih dalam 3 kali sahaja.

Situasi lakonan yang diambil adalah kejadian demontrasi di Dataran Raba'ah.

latihan gerakan simulasi lagu Gelombang Keadilan
Puas hati dengan lakonan dan gerakan simulasi, kami makan tengahari dan solat zohor. After that, gerak turun.


Punyalah nervous, samapai aku tak lalu nak makan. Semua suruh makan, aku senyum jaa.. Nak buat macam mana, kang masuk keluar balik lagi naya.

.................................................................................................................................................................
Usai solat zohor, kami siaga dengan poster masing-masing. Seperti yang dirancang, kami akan mengangkat poster di stesen LRT yang kami tempuh sepanjang perjalanan ke destinasi utama flashmob kami, SOGO KL.

Saat dilapangan itu, aku diresapi satu perasaan yang tak pernah aku rasa sebelum ini. Sukar untuk aku gambarkan bagaimana. Tapi ia sesuatu yang menyenangkan dan menyuntik semangat. 

SOGO KL, kami memakai headband 'STAND UP'. Kami menunggu masa yang sesuai untuk mulakan jihad. dan menunggu arahan dari 'boss'.

"Aisyah, ada polis," sahabat fillah aku memberitahu sambil menunjukkan ke arah kereta polis tersebut.

"Takpe, Nis. Kita buat benda baik, Allah bantu. Hasbunallah wa ni'mal wakeel." Aku mempositifkan diri. Sambil bluetooth charge + kepada sahabat fillahku.

Dapat arahan, kami bersiaga. Berkumpul untuk memulakan simulasi lakonan.

"Up! Up! Morsi! Down! Down! Sisi!" laungan kami tarik perhatian pengunjung. Kami berteriak sambil memegang poster. Menggambarkan demonstrasi di Dataran Raba'ah. Tetiba, kami diserang dengan pasukan bersenjata. Ada yang rebah. Dipijak. Diacu senapang. Memainkan peranan masing-masing. FREEZE.

Dikala itu, perasaan lain menusup. Airmata mengalir tanpa paksaan. Bukan sekadar aku. Rupanya, yang lain juga sama. Seperti kami berada di suasana sebegitu. Kami seakan rasai apa yang dirasa mereka.. Allah T_T

After freeze, kami teruskan dengan gerakan simulasi 3 buah lagu, Stand Up by Muadz, Gelombang Keadilan by Shoutul Harokah, dan Gemuruh by Faizal Tahir.

After that, laungan takbir memenuhi ruang. "ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!". Then, angkat poster berjalan seperti tiada apa yang berlaku. Dan terus ke destinasi seterusnya. Melakukan perkara yang sama.
tabung kemanusiaan turut berjalan. Alhamdulillah kutipan pada hari itu lebih kurang RM2697.20

.............................................................................................................................................................
Sejak hari itu, aku jatuh cinta dengan dunia flashmob. Aku semakin peka dengan hal berkaitan ummah. Aku semakin galak mengikuti aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada Palestin, Syria, Mesir dan negara Islam lain yang tertindas.

Ada yang bertanya pada aku. Apa benefit yang aku dapat dari flashmob ni?

Aku jawab: Aku lebih peka soal ummah. Aku lebih dekat dengan dakwah dan tarbiyyah.  Aku dapat rasa apa yang saudara kita rasa kat sana. Dan sekurangnya, ada perkara yang mampu aku sumbang selain doa. Ni permulaan jihad aku bersama mereka. Dan tak mustahil satu hari nanti aku akan memijak bumi mereka. dengan jalan ni.

Kau ni ibarat Anak orang disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Soal mereka kau ambil peduli, tapi negara sendiri kau letak tepi.

Siapa yang nak bantu umat Islam kalau bukan umat Islam sendiri? Bila masa pula aku tak ambil tahu soal negara? Tak semestinya aku berdiam, aku tak ambil port. Negara aku, tanah tumpah darah aku, tempat aku dilahir, dibesarkan takkan aku tak ambil peduli?

MH370, GST, HUDUD.. 3 perkara besar yang viral sekarang.. dan aku mengikutinya. Soal Palestin, Syria, Mesir.. ia soal ummah..Kau ikut aku turun flashmob.. Kau akan faham..

Aku bangga aku seorang mobbers walaupun kelak aku akan digelar sebagai militan. Kerana itu jalan jihad aku. Allah takkan lihat apa yang kita dapat, tapi Allah lihat usaha kita. Ini usaha aku untuk membantu mereka. Bersatu dengan mobbers lain menyedarkan masyarakat tentang apa yang jadi dekat sana. Apa sebenar-benarnya yang berlaku yang tak diwar-war oleh media masaa. Membersihkan penyelewengan berita yang tersebar dengan info yang sahih. Agar masyarakat juga bangkit mempertahan ummah.

flashmob 30/3/2014-PRAY4EG529

15/4/2014-PRAY4EG529