Thursday, 17 July 2014

15 Julai 2014

Bismillahirrahmanirrahim
Sollu 'alannabi..


Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

Tiada apa yang mampu aku ungkapkan selain kalimah suci memuji Yang Kuasa.. 

Alhamdulillah.. dengan izin Allah, aku berpeluang lagi untuk bersama SUF dan Bikers4Aqsa dan juga Muadz menawan Jalan TAR kelmarin.

Alhamdulillah, ramai sukarelawan yang turun bagi bersama-sama menunjukkan solidariti bersama Palestin.. Penyertaan yang banyak dari pelbagai latar belakang dan institusi pengajian seperti UIA, KUIS, IIC, UNISZA, UTM dan banyak lagi, termasuklah lepasan STPM 2013.
Inilah Baba :3

Ucaptama oleh Baba, sangat menyuntikkan semangat untuk para sukarelawan bergerak dan menyumbangkan suara melaungkan kata-kata yang menunjukkan solidariti dan ayat-ayat kesedaran.. (cehh ayat.. hahaha)

Bertambah lagi semangat apabila laungan takbir bergema sebelum para sukarelawan bergerak edar flyers, angkat poster, dan pegang tabung..

Setiap mobbers mainkan peranan masing-masing.. Penuh bersemangat melaungkan ayat-ayat kesedaran.. Allah.. tersentuh.. bermacam-macam versi ayat-ayat 'sastera' yang berkumandang..

team bikers4aqsa

Kibaran bendera Malaysia dan Palestin dihadapan Maybank dan sepanjang jalan yang dipegang oleh para sukarelawan..

Lagu-lagu semangat berkumandang sepanjang aktiviti berlangsung diselangi ucapan penuh semangat oleh Mama Mas dan beberapa yang lain..
Mama Mas <3

Alhamdulillah.. sepanjang 2 jam, para sukarelawan berjaya mengumpul sebanyak RM29,297.00 .. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
sebahagian mobbers bersama Muadz

Jadi, ada yang berminat untuk menyertai kami?? in syaa Allah Palestine 3.0 akan dijalankan pada Sabtu ini, in syaa Allah.. Sekali lagi akan menawan Jalan Tar.. in syaa Allah.. so save your date and COME JOIN US!!!

SUF + Bikers4Aqsa + Muadz

Ahaa.. esok jom sama-sama kita banjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam.. Pelbagai aktiviti akan dijalankan. Antaranya, bazaar Gazza, kutipan tabung, lelongan, persembahan pentas, pameran dan lain-lain. So, jom join event ini. Jom, bersama menunjukkan solidariti kita bersama Gaza..




PEDULI UMMAH!!

No comments:

Post a Comment