Thursday, 3 July 2014

WAD Kesayanganku

Bismillahirrahmanirrahim..


Allahumma solli 'ala saidina Muhammad.. wa 'ala alihi wa sohbihi wassalam ..

WAD..
haa... ok.. WAD ini tiada kena mengena dengan hospital.. hehe

WAD-(We Are Dai'eah)

Grup ukhuwah di wechat yang pertama sekali aku join. :')

Ingat lagi time pertama kali join WAD ni.. 2 hari baru join, dilantik jadi 'jaga' untuk WAD5.. Berbekalkan ilmu yang tahap buku lali ini, memang tak layak untuk jadi 'jaga'.. Tapi, kita kan saling melengkapi. :') Maka, aku bersetuju setelah didesak oleh admin shomel, Fiqah. Maka, bermulalah tugas aku sebagai 'jaga' WAD5.

Dari grup yang krik krik, Alhamdulillah, grup semakin aktif. Notifications tidak henti masuk selagi bukan waktu larangan.. :')

Kemudian, grup dikemaskini. Daripada 5 menjadi 3. Ahli semakin ramai. Cabaran makin bertambah. Ukhuwah juga makin erat. Allahu Allah. :')

Walaupun tak pernah bersua, tapi gayanya macam bertahun kenal.. Cehh.. hahaha
Haihh, teringin nak jumpa mereka, dok dalam bulatan gembira sama-sama sambil bermain mata.. Cewwahh

Umar r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Di antara hamba-hamba Allah ada manusia yang bukan para nabi dan bukan pula para syuhada, tetapi pada hari qiamat para nabi dan para syuhada cemburu kepada mereka kerana kedudukan (istimewa)nya di sisi Allah.” Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah! Beritahu kami siapakah gerangan mereka itu?” Rasulullah saw menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana hubungan keluarga dan bukan kerana harta yang mereka saling berikan. Demi Allah! Muka mereka itu bercahaya, mereka berada di atas cahaya, tidak merasa takut ketika orang-orang lain merasa takut, tidak berdukacita ketika orang lain berdukacita”.

Wahai warga WAD (yang sudah bertukar nama kepada Wardatul Da'ieah), tiada apa yang mampu akak ungkap selain sayang kamu semua lillahi ta'ala.. :')
Walaupun kita tak pernah bersua muka (except ukhti Ayu, ukhti Amira) tapi rindu kamu!!!!
In syaa Allah, berjodoh pasti berjumpa kalian. :')

p/s: bertemu dengan Ayu dengan Amira ketika Flashmob SUF di KL Sogo 30 Mac 2014 yang lepas. jumpa depa, peluk sampai tak bole bernafas.. hahahaha... rindu kamu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! In syaa Allah jumpa Ayu next week :3

Riwayat ath-Thabrani, Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu dengan saudara muslimnya, lalu berjabat tangan, gugurlah dosa kedua-duanya sebagaimana berguguran daun-daun dari pohon ke bumi di suatu hari yang berangin kencang, diampunkan dosa kedua-duanya walaupun dosanya seperti buih di lautan”. 

............................................................................................................................................................

haa.. bagi yang berkesempatan, moh join kami di Kg Baru pada 12 Julai 2014 sempena Flashmob Ramadhan 4 Palestin dan Syria under StandUp Flashmob pada jam 5.00 petang.. Ifthar bareng yukk!! berkumpul di LRT Kg Baru :)

“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.”
[Qs.49 (al-Hujuraat):10] 


Jadi, ayuh! Peduli UMMAH !!


No comments:

Post a Comment