Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah.. Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Hampir dua bulan di Sabah, sudah beraktiviti bersama Aqsa Syarif Sabah.. Walaupun hanya menjaga booth di Festival Hijrah, Masjid Bandaraya (Likas 1), KK cukup untuk diri ini melepaskan rindu untuk beraktiviti dibawah naungan Aqsa Syarif..
Walaupun suasananya berbeza, ruhnya tetap sama.. Sungguh.. Kerinduan pada SUF menyala-nyala.. Banting, tabung... Segalanya mengingatkan pada SUF.. :')
Walaupun agak terkilan tak dapat bersama di medan Humanity Night pada 20 Oktober 2014 yang dijalankan di IIUM, Gombak.., tapi diri ini puas.. Melihat dan merasai hamasah dan ruh jihad dari sana.. :')
Terkesan sangat.. Makin membara untuk menanam 'sawi' di sini..
3 tahun di Sabah.. akan aku sulam segala cita dan cinta.. Meninggalkan khazanah jiwa.. Menghidupkan hati yang alpa.. isu PALESTIN, SYRIA, IRAQ, BURMA, SOMALIA, dan sewaktu dengannya, menjadi tidak asing di bumi bawah bayu ini..
Ya,, bunyi memang sembang kencang.. Tapi, akan aku susul dengan gerak.. in syaa Allah.. Ku sahut seruan jemaah!!
Ku ketepikan untuk berfikir tentang natijah,.. tapi, sedang melukis setiap tapak untuk menjejak.. Mengusik hati ummah sepertimana Baba mengusik hati kami.. Mengusung semangat waja seperti Mama.. Penuh hamasah seperti ahli SUF.. Mencelik ummah membebaskan al-Aqsa..
Akan ku ukir imaginasi ini secantik mungkin.. "Sabah Cakna Isu Ummah!!"
Kerana apa?
Kerana Sultan Muhammad al-Fateh juga berimaginasi tinggi untuk menawan Kota Konstantinopel..
mengapa tidak kita??
Maka, untuk itu..
Diri ini menyeru para rijal dan nisa'!!! Jom berimaginasi bersama..
Menggerakkan SUF Sabah bagi merealisasi lukisan impi..
"You and I Have the Power!!"
No comments:
Post a Comment