Bismillahirrahmanirrahim..
Sollu 'alannabi..
Berkampung di hadapan Masjid India bersama Aman Palestin, bersama bro and sis bikers di Jalan Tar dan beriftar jam'ie di tapak bazar Kg Baru bersama Mobbers SUF.
Rancangan last minute untuk join Aman Palestin sebab dapat tahu malam 11 Julai memang gempak.. Just gerak turun Jalan TAR.. sampai sesat-sesat cari dimana lokasi team Aman Palestin tengahari itu. Dengan mengharungi kebanjiran warga Malaysia yang bershopping raya, pergghhh, CUBAAN..
Hampir sejam mengharungi banjir manusia ditengah Jalan TAR, akhirnya jumpa juga dengan team Aman Palestin yang berkumpul dihadapan Masjid India.. Itupun selepas call Kak Fasi.. :3 Alhamdulillah..
 |
suasana yang crowded dihadapan Masjid India |
Sampai sahaja sangkut mafla dileher dan capai tabung. So, bermulalah misi kutipan derma selepas kedatangan duta Aman Palestin, Heliza Helmi, PU Razi dan Mr Bie.. dan ucaptama oleh Heliza Helmi..
Sambil kutip derma, Akh Azmir sentiasa melaungkan kata-kata semangat dan laungan TAKBIR!! dan diselangi dengan tazkirah dan perkongsian daripada PU Razi.
Sempat juga Mr Bie menyanyi time tu :3 layann~~ kemudian, Mr Bie ulas sikit pasal isu Palestin.. then sambung hulur tabung..
Tahukan bagaimana keadaan disini.. of course ramai orang.. Apatah lagi dah masuk mood 'raya'.. Crowded.. Tetapi, dalam keadaan yang crowded ketika itu, mata aku tertancap pada seorang lelaki buta. Berbaju pink, membawa beg galas biru. Apa yang menarik perhatian aku adalah ada titis jernih yang mengalir dari matanya. Yupp, dia menangis. Aku tak tahu kenapa dia menangis tapi sungguh, hati aku tersentuh melihat dia. Persoalan bermain diminda. Mengapa dia menangis? Memang nampak sayu sangat. Adakah kerana Palestin atau kerana teringat ibu bapa beliau.. Yalah, lagu raya rancak berkumandang. Persoalan terus berlegar hinggalah keesokannya. Aku mendapat jawapan sahih menerusi fb PU Razi (Duta Aman Palestin).
"Saya ingin kongsi pengalaman saya di jalan TAR
siang hari tadi. Seorang buta sambil mengesat airmata bertanya kepada
saya, "nak, ni tabung Palestin ke? Ya, "terus dia ambil semua duit dari
dompetnya berjumlah RM50. Sambil
memegang tongkat pakcik buta ini berdoa agar Allah selamatkan Palestin.
Ya Allah kerdilnya diri ini berbanding insan buta yang pemurah tadi." - PU Razi
Allah.. sungguh.. Aku malu.. Sebagai seorang yang sempurna segala pancaindera tetapi jika tidak cakna dengan isu UMMAH ini, aku malu. Semoga Allah merahmati beliau. Semoga Allah permudahkan perjalanan beliau. May Allah grant him JANNAH, in syaa Allah.. :')

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..!! Ramai sukarelawan yang turun dan banyak tabung bergerak.. :')
Tapi, kami terpaksa balik awal untuk ke Kg Baru pula.
Sampai sahaja di LRT Kg Baru, tunggu mobbers lain.. Naik atas, rupanya dah ramai.. Alhamdulillah.. Sambil tunggu arahan CREW, kami berukhuwah sat.. hahhh.. hambik bila aisyah berceloteh.. tak reti nak berhenti,,.. hmm.. layan~~ hahahaha (assifni)
Then, berkumpul untuk dengar briefing daripada CREW.. jeng jeng.. tiba-tiba kami diarahkan berpecah, sebahagian daripada kami perlu ke Jalan TAR untuk bersama team bikers disana.. Ikhwah 8 orang, Akhawat 5 orang.. tak cukup akhawat 2 orang, kami (aku dan Kak Ziha) tawarkan diri untuk pergi sana.. PATAH BALIK LAA KAMI..
After asar, bergerak ke Jalan TAR.. headband STAND UP dipakai.. (waaa~~ rinduuuuuu) tabung dan poster diagihkan.. then berpecahlah kami ambil port masing-masing..
 |
mobber akhawat SUF- Jalan TAR |
Mula-mula pasif saja.. then Kak Dira suruh 'berborak' dengan pengunjung di sana.. Aku copy paste je ayat Kak Dira dari mula sampai habis.. hahaha.. (keluar suara kawad cheq.. :3 )
Alhamdulillah, tak putus orang datang memberi sumbangan.. :') Dari yang tua hingga yang kecil.. tak kira bangsa dan agama.. :')
 |
mobbers SUF bersama team bikers |
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. :')
Dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam, kami team SUF dan team bikers berkampung di Jalan TAR.. kemudian, kami berpatah balik ke Kg Baru untuk beriftar jam'ie bersama team SUF yang bertugas di bazar Ramadhan Kg Baru..
 |
team SUF di Kg Baru |
"Sesungguhnya, dalam rezeki kita ada hak orang lain."
Alhamdulillah, kutipan yang kami dapat semalam bersama team SUF sebanyak RM13,378.45 T.T
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. kutipan selama 2 jam dapat sebanyak itu..
Kutipan bersama Aman Palestin pula adalah sebanyak RM73,000.00 tidak termasuk syiling.. Subhanallah.. :')
Allahu Akbar.. Terima kasih Malaysian :')
Mari kita terus cakna tentang isu Palestin, Syria, Burma, Somalia, Mesir, Rohingnya dan seluruhnya.. teruskan membaca Qunut Nazilah.. jangan pernah melupakan mereka dalam setiap sujud.. moga Allah redha..
Sumbangan boleh disalurkan melalui NGO-NGO seperti Aman Palestin : http://www.amanpalestin.net ; Aqsa Syarif : http://www.aqsasyarif.org.my dan beberapa NGO lain..
Jzkk.. Assif atas segala kekurangan.. teruskan cakna.. :)