Friday, 1 November 2013

61 OF SMK BUKIT GADING

بسم الله الرحمن الرحيم
setiap detik yang berlalu makin bernilai kini.. hari bersilih ganti mendekat pada pengakhiran kisah aku sebagai pelajar pra universiti SMK Bukit Gading..  setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. sungguh perpisahan suatu yang amat menyakitkan.. setiap kenangan yang dicipta bagai garis-garis terpalit di kanvas menjadi sebuah lukisan indah tiada tara..

perpisahan yang sudah dijangka.. namun tak terjangka sebegini perit rasanya.. setahun setengah bersama membina satu ukhuwah yang erat..

betapa diri ini beruntung mempunyai teman seperti kalian.. yang sentiasa ada dikala susah dan senang.. dikala suka mahupun duka.. sentiasa gelak bersama.. dan ada saat tangis mengundang hiba.. kalian sentiasa ada saat diri ini memerlukan.. sentiasa menghiburkan saat diri ini kedukaan.. sentiasa ada dibelakang sebagai kekuatan.. betapa bertuahnya badan memperoleh kalian sebagai teman..

aku tak mahu kisah 'cinta' kita semua berakhir disini.. kerana aku tak mahu hilang rasa kemanisan sebuah persahabatan..

aku akan merindui kegilaan korang, kepetahan korang, kedegilan korang, kemalasan korang, gelak tawa korang, dengus korang, airmata korang.. semua tentang korang.. ^^

semoga ALLAH sentiasa menjaga tali persahabatan kita dibawah lembayung redha-NYA.. semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhirnya.. till JANNAH, in syaa ALLAH..

No comments:

Post a Comment