Bismillahirrahmanirrahim,
28 November 2019, tarikh yang ibu tahu kewujudan awak dalam rahim ibu. Usia awak lima minggu dalam kandungan. Blur kejap ibu, tak sangka. π Ibu berfikir cara nak beritahu abah awak.. hahaha
Ibu masuk bilik, set pregnant mode di apps buku pink dan bersiap untuk ke pejabat sambil abah tunggu ibu diluar.
Usai bersiap, ibu tunjuk abah apps tu. Abah awak blurr π Ibu cakap baru dia faham.. hahahahadoi
Masuk minggu ke-10 ibu start alahan. Boleh tahan aaa.. Tak boleh bau nasi, makan apa ja, muntah. Tak larat bangun. Berbaring ja. Drive kereta ke pejabat pun berhenti-henti tepi jalan, muntah ππ΅ Sampai pejabat, lunyai dah. π· Hari-hari experiment makanan apa yang boleh masuk. Berterusan keadaan ibu begitu sehingga usia kamu 4 bulan lebih dalam kandungan. Masuk bulan ke-5 ibu mula ok. Selera makan mula datang semula. Berat ibu mula naik. Nasib tidak GDM. Alhamdulillah.
Dipendekkan cerita, kelahiran awak sangat dinanti. Hari-hari countdown sehingga tarikh EDD, awak tidak juga keluar ππ
Doktor bagi tambahan hingga 8 hari sebelum serah diri. Macam-macam ibu buat untuk pastikan awak keluar dengan normal. Berzumba, jalan itik, squad, siap ibu tiru semua senaman di youtube. π
EDD awak 30 Julai 2020, ibu serah diri 7 Ogos 2020. Baru merasa masuk hospital. Nah, menghadap lah ibu ππ Hari-hari ibu tunggu tanda awak keluar. Tiada.
8 Ogos 2020
Jam 8.00 pagi, ibu induce kali pertama. Masuk ubat. Kena monitor hingga 6 jam. Hanya 1 cm bukaan.
9 Ogos 2020
Jam 10 pagi pakar datang round, bukaan hanya 2 cm, jadi pakar beritahu untuk masukkan belon bagi bantu bukaan. Ibu ok.
Jam 3.00 petang masuk belon, awak mula 'mengganas' dalam perut.
4.45 petang pecah air ketuban, bukaan baru 3 cm. Ibu mula rasa sakit kontraksi kuat 10 minit - 5 minit sekali sehingga ibu minta ubat tahan sakit. Alhamdulillah, tertahan juga rasa sakit, dapatlah ibu solat.
Jam 10.00 pm baru ibu kena bawa pergi Labour Room.
Jam 11.00 pm sakit datang balik. Sepanjang masa ibu zikir menahan sakit. Bukaan 4cm.
10 Ogos 2020
Dari 12.00 am-6.00 am, ibu dah tak mampu tengok jam. Sakit sangat. 4:10 kontraksi. Ubat tahan sakit pun tidak berfungsi sudah. Tiada kesan.
Bukaan masih 4 cm, ibu dah rasa mahu meneran tapi Dr tidak kasi. Ibu stres, awak ikut stres. Jantung awak tidak stabil. Akhirnya, selepas persetujuan pakar ibu terus ditolak ke OT.
Ibu dibius separuh badan. Ibu tidak rasa apa-apa. Tahu-tahu, ibu dengar awak nangis. Bergenang airmata ibu. Syukur, awak selamat.
Jam 7.00 pagi ibu dibawa keluar dari OT dan dipindahkan ke wad. Awak dibawa ke Labour Room dulu untuk check-up apa yang patut.
Jam 9.00 pagi baru awak dihantar ke wad. Abah iqamatkan awak pun menerusi telefon. Ibu lah, tak tanya nurse. Rupanya boleh saja security bawa awak ke bawah jumpa abah untuk di iqamatkan ππ
10 Ogos -13 Ogos 2020
Masih lagi di wad. Untuk monitor luka czer ibu. Alhamdulillah, ok saja walaupun masa hari pertama tu ada sedikit bleeding di tempat luka. Ibu tak reti duduk diam sebab awak kuat nangis π Tak mahu diletak, tidak boleh berjauh sekejap. Suara awak memenuhi ruang. hahahahalaaahh
13 Ogos 2020
Kita discharged. YEAAYYY!!!
Kali pertama abah tengok awak live, dukung awak. Tak sangka, dah jadi abah π
Bermulah episod berganti bangun malam jaga awak π
Ulang-alik ke KK Telipok untuk injection heparin ibu dan check jaundis awak. Alhamdulillah, jaundis awak ok pada usia awak 5 hari. Tinggal ibu lagi ulang-alik, sehingga nurse offer untuk inject sendiri di rumah. Di ajar cara untuk masukkan ubat, dan abah awak yang takut jarum, jarumkan ibu. Bukan main aaa.. Asalkan bukan dia yang kena jarum. π
![]() |
Anak ibu tak suka kena bedung π |
17 Ogos 2020
Awak genap 7 hari. Ibu botakkan awak. Abah awak tak berani. Lembik katanya π Berpeluh lah ibu membotakkan awak, anak! Alhamdulillah, berjaya juga. Lepas itu, ibu dan abah baru umumkan nama awak pada keluarga dan kenalan.
Genap 40 minggu 10 hari awak dalam kandungan ibu, akhirnya lahir juga awak ke dunia. Semoga awak menjadi anak yang solehah wa musleh. Menjadi penerus mata rantai dakwah. Berjaya di dunia dan akhirat. Sentiasa menjadi penyejuk mata dan hati ibu dan abah. Semoga ibu dan abah mampu jadi ibu dan abah yang terbaik buat awak, menjaga amanah Allah ini dengan sebaiknya.
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat ini.