1 Julai 2017, tarikh aku melapor diri di Hidayah Centre Foundation cawangan Sabah (HCS) sebagai pelajar praktikal. Dan hari ini, masih di sini. 2 bulan berpraktikal, diserap masuk sebagai pekerja part time, dan Alhamdulillah 1 Mac 2018 termeterai kontrak sebagai khaddam ummah di sini.
Percaturan Allah itu sangat cantik. Subhanallah!
Aku adalah manusia yang sebelum ini tak pernah tetap apa yang aku ingin jadi satu hari nanti. Sehinggalah aku berkenalan dengan HCS semasa berpengajian di UMS. Jiwaku di sini. Tiap sujud kan pasti aku selitkan doa agar ada ruang untuk aku di sini. Dan, Maha Suci Allah, suara kecil ini didengari dan diperkenan. Siapa yang tak seronok kan? Sangat!😇
Sebelum jauh merewang, tahu tak apa tu Hidayah Centre Foundation? Nak kenal, boleh pi round kat sini: https://hidayahcentre.org.my/
Dari hari pertama aku menjejakkan kaki ke HCS ni, macam-macam aku belajar. Dari semua sosok yang wujud dalam organisasi ni. Dari bigboss hingga rakan seperjuangan, malah dari saudara-saudara baru yang kami santuni sangat banyak yang aku belajar. Makin lama makin jatuh cinta.😍
Maka, bagaimana sanggup nak tinggalkan mereka? Entah. Masih awal untuk pulang ke gagang. Diberi izin untuk berbakti di sini adalah satu anugerah. Terima kasih cinta-cinta hati di Paya Jaras. Kaklong sangat-sangat terharu.😭😭
Masuk keluar kampung, jumpa manusia pelbagai, berkongsi cerita suka duka mereka, jerih perih mereka mempertahankan aqidah sangat-sangat menginspirasikan. Sesuatu yang aku tak pernah rasa, tak pernah dapat sepanjang hidup. Hanya dengan mereka.
Di sini aku temu cinta. Yang mengorbankan rindu dan jarak. Jauh dari keluarga adalah satu penyeksaan sebenarnya. Tapi, penyeksaan itu ada kemanisan yang mungkin hanya aku dan mereka yang berjauhan yang mengerti, bila ada redha diantaranya. 💖
Bila ditanya, bilakah akan pulang? Tak ku biar sepi melainkan dengan jawapan bila tiba masanya. Bagaimana Allah menerbangkan aku ke bumi dibawah bayu ini, begitu jugalah Allah akan membawa aku kembali pulang.
Moga Allah terus berikan kekuatan kepada hati aku dan mereka yang aku rindukan dan rindukan aku (hopefully ada 😂😂). Kerana aku di sini untuk-Nya.