Thursday, 31 December 2015

Baru

Yeeeaaayyyy!!!!!
Tahun Baru..

Maka, dengan ini rasminya 2015 melabuhkan tirainya..
Masya Allah... Tahun 2015 tahun paling mencabar setakat ini.. hoho

Bagaimanalah dengan 2016 yang baru sahaja hadir ini?
**Tarik nafas......

Dijangkakan tahun ini akan lebih mencabar.. hmmm.. hmmmm..
Maka, kita pun berhuhu..

.....................................................................................

Adatlah.. Makin hari makin mencabar..  Makin menginjak usia, makin banyak yang difikirkan.. Makin banyak akan digalas.

Namun, ia bukan alasan untuk menghentikan perjuangan. Hidup di dunia ini sekali sahaja. Tahun 2016 pun ada 12 bulan sahaja. Pejam celik nanti, bakal jumpa tahun baru yang akan datang. Begitulah kitarannya.

Maka, apa perancangan kita untuk menjadi lebih baik dari yang lepas? Kita muhasabah balik diri kita sama-sama. Apa yang perlu top-up, apa yang perlu diubah, apa yang perlu di ugrade. Terkadang kita terlepas pandang dengan apa yang kita buat. Lebih-lebih lagi yang kecil-kecil. Kita tahu, tapi kebanyakan masa kita buat tak tahu yang mana sifat yang kecil tu bila dikumpul akan jadi besar juga. Macam duit 10 sen. Hari-hari simpan 10 sen dalam tabung, apakah jumlahnya tidak bertambah?

Macam tu juga dengan amal kita. Pentingnya muhasabah untuk kita sama-sama setting balik nawaitu kita. Sempat lagi ni kalau nak buat postmortem.. hehe

Azamkan dalam diri untuk jadikan tahun ini tahun yang terbaik dalam hidup.. Minta dari Allah supaya dipermudahkan segala urusan kita dan diredhai setiap langkah yang bakal diayun untuk sepanjang tahun ini. Perbaharui nawaitu, perelok sifat, mantapkan amal. 

"Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar." (QS 20:82)

Hidup ini ujian, maka hadapilah dengan bersandar pada Tuhan.


Salam Tahun Baru :)