Thursday, 31 December 2015

Baru

Yeeeaaayyyy!!!!!
Tahun Baru..

Maka, dengan ini rasminya 2015 melabuhkan tirainya..
Masya Allah... Tahun 2015 tahun paling mencabar setakat ini.. hoho

Bagaimanalah dengan 2016 yang baru sahaja hadir ini?
**Tarik nafas......

Dijangkakan tahun ini akan lebih mencabar.. hmmm.. hmmmm..
Maka, kita pun berhuhu..

.....................................................................................

Adatlah.. Makin hari makin mencabar..  Makin menginjak usia, makin banyak yang difikirkan.. Makin banyak akan digalas.

Namun, ia bukan alasan untuk menghentikan perjuangan. Hidup di dunia ini sekali sahaja. Tahun 2016 pun ada 12 bulan sahaja. Pejam celik nanti, bakal jumpa tahun baru yang akan datang. Begitulah kitarannya.

Maka, apa perancangan kita untuk menjadi lebih baik dari yang lepas? Kita muhasabah balik diri kita sama-sama. Apa yang perlu top-up, apa yang perlu diubah, apa yang perlu di ugrade. Terkadang kita terlepas pandang dengan apa yang kita buat. Lebih-lebih lagi yang kecil-kecil. Kita tahu, tapi kebanyakan masa kita buat tak tahu yang mana sifat yang kecil tu bila dikumpul akan jadi besar juga. Macam duit 10 sen. Hari-hari simpan 10 sen dalam tabung, apakah jumlahnya tidak bertambah?

Macam tu juga dengan amal kita. Pentingnya muhasabah untuk kita sama-sama setting balik nawaitu kita. Sempat lagi ni kalau nak buat postmortem.. hehe

Azamkan dalam diri untuk jadikan tahun ini tahun yang terbaik dalam hidup.. Minta dari Allah supaya dipermudahkan segala urusan kita dan diredhai setiap langkah yang bakal diayun untuk sepanjang tahun ini. Perbaharui nawaitu, perelok sifat, mantapkan amal. 

"Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar." (QS 20:82)

Hidup ini ujian, maka hadapilah dengan bersandar pada Tuhan.


Salam Tahun Baru :)

Saturday, 28 February 2015

Cuti Berinti


Bismillah.. Alhamdulillah..


Allah izinkan lagi jemari ini menari diatas keyboard lappy usang kesayangan hamba ni untuk kesekian lamanya dibiarkan blog ini berhabuk..hahaha..

Mungkin tiada siapa pun yang menanti entri baru dari blog usang ini, namun tidak beerti akan aku hentikan tarian jemari 'comel' ku ini.. hahahaha

bha bha.. (cehh.. mentang-mentang dok Sabah sekarang kan.. hihi)

ok..

In syaa Allah, bakal masuk minggu kedua bagi semster kedua bagi 'freshy UMS' yang sseangkatan dengan aku.. Masing-masing mesti sudah ada perancangan masing-masing kan..? Pasti dan pasti makin 'bz' kan?? (senyum senget)

Sebenarnya entri kali ini nak campak balik memoir indah lagi superb sepanjang cuti semester 1 yang baru sangat berlalu.. :')

Terlalu banyak diisi perkara manis sehingga aku mampu terbang ke Sabah tanpa rasa ralat pun.. Walaupun ada sahaja member yang rasa tak nak balk UMS balik.. Tapi tidak aku.. Ecceh.. hahaha.. Alhamdulillah :')


MISI PASCA BANJIR-KUALA KRAI

Dalam lingkungan penghujung semester satu, Malaysia diuji Allah dengan anugerah bah.. Sungguh, jiwa meronta nak turun tolong insan-insan terpilih ini.. Tetapi, diri jauh dibumi Sabah dan prepare untuk final exam. Bila ikhwati fillah update program bantuan diorang, serius sangatlah jeles!!!! Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak................. menangis tak dapat join.. T.T

Since then, tak henti doa agar Allah buka ruang untuk aku berkhidmat di bumi Kelantan yang dikhabarkan terjejas teruk dengan ujian ini..

One day, buka fb page official UMS.. Ada post daripada MPP UMS.. Bantuan Pasca Banjir Kelantan.. Subhanallah!!!! Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya.. :') Terus daftar as one of volunteers..

Kg Banggol Guchil, KK


Biar gambar berbicara T.T

dia punya esaited tak payah ceritalah.. Sampailah bila nikmat esaited itu ditarik.. Lokasi bertukar.. Jika tukar sahaja tak apa.. Tapi, keseluruhannya bertukar sehingga 'mematahkan kaki' untuk pergi T.T

Masa tu, Allahu Allah!!!!!!!!! Serius tersangatlah sedih..

Baliklah semenanjung dengan hati yang luka parah.. (ok.. over sangat.. hahaha.. but it serious, heartbreaking oii)

But, tiba-tiba...................................................................
Dapat text dari sahabatfillah untuk tengok wall seorang hamba Allah ni.. Then, aku usha wall dia, nampak satu poster.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar!!!!!!

Bantuan Pasca Banjir ke Kuala Krai.. Bawah 'kerajaan' UIA.. haaaa.. ada aku kisah.. hahaha

Briefing by Fikri Ahmad


tanpa lengah, ambil no PIC tersebut untuk di contact esok harinya kerana sudah terlalu lewat untuk text orang time tu..

Pendek cerita, pagi tu text dan daftar, lusa gerak ke UIA.. Sangatlah jodoh kan? :')
geng 'Bunga Raya' :3


Alhamdulillah.. Bersama team UIA sangatlah best.. Walaupun tiga hari je dengan akhawat sana, serious sangat basah ukhuwah tu.. Rinduunyaaaaaaaa laahaiiiiii... Sangat santai dan penuh dengan pengisian dan layanan sangatlah superb.. :')

team brothers- pasang khemah, 'buat lantai dan dinding'- DESA SAKINAH


team sisters, buat 'langsir dan pintu'- DESA SAKINAH


Sepanjang disana, kami buat dua misi.. Misi pertama, bantu semampunya bersihkan rumah penduduk dan misi kedua sumbang sedikit tenaga untuk DESA SAKINAH..

Menghantar bantuan melalui jalan air


Walaupun sekejap, sangat memberi kesan..

credit to: Censerve UIA, Resilia Jaya, Yayasan Bunga Raya, Pertubuhan IKRAM (IkramSiswa, i-Bantu)

WEDDING


my cousin, that puan.. hahaha


Then, minggu seterusnya sibuk dengan walimah urus sepupu.. Dan berukhuwwah dengan kengkawan sekolah dan juga yang turun dari 'Sabah dan Johor'.. jenjalan round KL.. hahaha.. poyo je..

FLASHMOB

Orang lama SUF .. ecceh

Memang target nak join flashmob time cuti ni.. Dapat jon sekali pun jadilah.. Sungguh, Allah itu Maha Mendengar.. Alhamdulillah.. berkesempatan join Flashmob for Syria #Tragedi Hama bersama SUF kesayangan hati.. :')

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah :')
Simulasi Lagu Cita Pemuda by Shoutul Harokah

Kembali ke Sabah dengan memperbaharui misi.. S4H on the way.. In syaa Allah, sudah hampir diperhujung urusan dan moga positif.. Penuh harapan, POSITIF!!

Depan SOGO KL- SUF



Dan in syaa Allah bakal beraksi di pentas UMS membawa suara kemanusiaan.. In syaa Allah.. Allahu musta'an.. mohon doa kalian.. :')

STAND '4' HUMANITY

-YOU AND I HAVE THE POWER!!-