Sunday, 11 May 2014

YOUTHACE 2014

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Alihi Wasohbihi Wasallam..



YOUTHACE2014.. Apa benda ni?? Rasanya ada saja yang tak tahu kan?? Jadi, mari kita berkenalan dengan YOUTHACE2014 ni apa dia sebenarnya.. ^.^

YOUTHACE2014, satu program anjuran Langit Ilahi khas untuk para belia. Program ini  adalah kesinambungan dari program anjuran mereka tahun lepas iaitu TEENACE2013.  Program ini mengumpulkan golongan belia didalam sebuah majlis yang penuh dengan ilmu. Perkongsian daripada insan-insan hebat cukup untuk membuatkan program ini gah. Program ini juga membuka mata pemuda pemudi akan peranan mereka yang mampu mereka sumbangkan kepada ummah. Program ini turut membuka ruang kepada para belia untuk berkarya dengan mesej Islamik.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * 

10Mei 2014, telah berlangsung program perhimpunan belia seluruh negara seramai 1500 orang di Flamingo Hotel, Ampang bagi mengimarahkan program YOUTHACE2014. Bukan sahaja pemuda-pemudi dari dalam negara, malah ada juga peserta yang datang daripada Brunei. Program ini telah berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga ke jam 10.20 malam.
 
* * * * * * * * * * * * * * * * * *
Ucapan pembukaan oleh Mr CEO

Ok, cukup kot info yang ada kat atas tu.. ehehehe..

Seriously, setiap slot sangat memberi kesan kepada hati.. Dari ucapan mukaddimah daripada CEO Langit Ilahi, Hilal Asyraf hinggalah ke slot yang terakhir terisi dengan input-input yang sangat bermanfaat.

Dalam ucapan mukaddimah Hilal Asyraf, aku terkesan dengan kata-kata Murabbi beliau tentang menyampaikan dakwah, "Kita ini sebenarnya terlalu berhati-hati ke malas?"

Kita suka memberi alasan dan terus mencipta alasan untuk menyampaikan dakwah. Jadi, bagaimana Islam itu nak tertegak jika terus malas dalam berdakwah dan di dakwah?

Dalam usaha dakwah tiada perkataan MENGALAH. Kenapa mesti terus mencipta alasan untuk tidak berdakwah jika ada yang tidak menerima dakwah kita?

Petikan dari kata-kata Dr Ugi Suharto, "Menanam itu kerja kita, menumbuhkan itu kerja Allah."

Macam itu juga dengan dakwah. Kita terus sampaikan dakwah, mereka nak terima atau tidak itu kerja Allah. Kerana hidayah itu milik-Nya. Kita berusaha, Allah yang tentukan seterusnya.
Inche Emcees- Brother Aiman Azlan

* * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Slot k-2, membawa kami semua terbang ke Turki bagi melusuri kisah Muhammad al-Fateh yang disampaikan oleh Ustaz Syaari Ab Rahman, pemilik Ibrah Paradigm Training and Consultancy.

Slot yang diberi nama, Semangat al-Fateh: Membuka Kemenangan Hari Ini, sungguh membuka mata dan hati kami akan erti perjuangan dan jihad.

Sabda Rasulullah saw semasa di medan perang Khandaq (5H), "Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Hadis ini telah membuatkan al-Fateh percaya bahawa dialah orang yang dimaksudkan. Namun, orang-orang mengatakan dia gila kerana apa? Bagaimana dia mampu untuk meruntuhkan empayar Roma yang telah terbina selama 626 tahun dan empayar Parsi yang telah wujud selama 1025 tahun? Bagaimana dia mampu untuk mengalahkan mereka untuk mendapatkan semula Kota Konstantinopel?

Namun, dengan KUASA PERCAYA, beliau mampu untuk mengalahkan mereka. Tetapi, barang diingat. Kejayaan al-Fateh takkan dapat digapai tanpa bantuan para sahabat dalam usaha menyempitkan Empayar Byzantine.

Bermula daripada Muawiyyah bin Abu Suffian > Bashar Ain bin Arta'ad > Abdul Rahman bin Khalid al-Walid > Sufyan Aus > Yazid bin Muawiyyah > Sulaiman bin Abd Malik >Musallamah bin Abdul Malik > Khalifah Hisham bin Abdul Malik > Khalifah Harun Al-Rasyid >Alp Arslan > Sultan Yeldrim Beyazid > Sultan Murad II > Muhammad al-Fateh.

Kenal Abu Ayyub al-Ansari?? Ya, salah seorang syahid dalam proses pembebasan Kota Konstantinopel daripada kuasa Byzantine. Beliau telah dibedil oleh Greek Fire ketika di medan pertempuran menyebabkan beliau syahid. 

Sebelum beliau meninggal dunia, beliau sempat mewasiatkan untuk dikebumikan di bumi itu. Apabila ditanya mengapa, jawabnya, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". 

Allah.. T.T
Betapa besarnya jiwa jihad mereka.. 

Pelbagai usaha yang dilaksanakan bagi merealisasikan hadis Rasulullah itu. Akhirnya berjaya dengan KUASA PERCAYA.
Ikrar bersama Ustaz Syaari Ab Rahman


* * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Slot k-3, Pemuda dan Aktivisme oleh Dr Baharudin Suri. Membuka mata kami bahawa aktivisme itu mempunyai skop yang besar. Dan sangat memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ummah.

Dan yang paling terkesan daripada slot ini adalah petikan kata-kata Asy Syahis Hassan al-Banna, "Sesungguhnya, aku merindui pemuda/pemudi yang tidak lena tidur malam kerana memikirkn soal ummah."

Jadi, aktivisme adalah salah satu medium untuk kita menyumbang kepada ummah..,
Dr Baharuddin Suri

p/s: jom join flashmob :3

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Slot k-4, Forum, Pemuda Intelek: Taruhan Masa Hadapan oleh Dr Maslee bersama Dr Azizan Ahmad dan Bro Ameen Misran sebagai moderatornya. Slot ini agak berat untuk aku actually.. (ilmu tahap buku lali.. kena banyak baca buku lagi ni).. Menceritakan tentang intelektual ummah. Ada juga menyentuh tentang Syariati (berasal daripada Iran) dan juga Salafi (Mazhab Hambali), kebangkitan di Iran antara golongan ulama' dengan fahaman Khomeini dan golongan intelektual dengan fahaman sosialis. Input ini disampaikan oleh Dr Maslee. Tapi, yang paling memberi kesan dalam ucapan beliau ialah, "......sifat bebalisme dan kepandiran hanya akan melahirkan jongos-jongos(hamba) yang akan jadi menteri."

Kerana apa, kerana kita hanya menerima apa sahaja yang diberi. Hanya mengatakan 'enggeh' dan tidak mepersoalkannya walaupun tidak rasional. Akhirnya, akan berlaku kebanjiran Pak Pandir moden.
Pemuda Intelek: Taruhan Masa Hadapan


Input daripada Dr Azizan Ahmad, HOTS. High Order Thinking Skill. Bagaimana kita mampu untuk capainya kalau kita hanya membudayakan ke'enggeh'an? Orang muda suka argue tentang perkara yang remeh. Itu menunjukkan tahap pemikiran mereka dimana.

Jadi, apakah perkara yang kita selalu argue?? Perkara-perkara kecil yang tak sumbang apa-apa manfaat pun atau sesuatu yang besar yang mampu mengubah diri dan persekitaran?? Tanya diri.. Dimana tahap pemikiran kita..

"Mahasiswa perlu ada sikap 'what's next?' dan tidak berputar dari lubuk yang sama. Jangan tumpu pada satu dimensi sahaja. Nanti dimensi lain akan terbiar."
-Dr Azizan Ahmad

Menurut beliau lagi, pemuda itu dianugerahkan oleh Allah 7 perkara:
  1. Prinsip
  2. Idea
  3. Proaktif
  4. Kata dan Bahasa
  5. Kaya dengan cara
  6. Progresif
  7. Hasil yang produktif
p/s: sila huraikan ikut pemahaman anda.. :3

Slot ilmiah terakhir, Bual Bicara: Aku Pernah Muda bersama Ustaz Zaharuddin, Ustaz Azlan Shah dan Sister Rusni Tajari.

 " Tidak bermaksud kita gagal sekarang, kita akan gagal selamanya. Belajar daripada kesilapan........ Tidak pandai satu benda tidak beerti tidak pandai semua."
- Ustaz Zaharuddin

"Waktu muda memang waktu try and error. But, kita kena tahu limit."
 - Ustaz Azlan Shah

"Ubah cara pemikiran kita dan kita perlu ada keberanian untuk berubah."
 - Sis Rusni Tajari

Aku Pernah Muda- Inche Emcees moderatornya :3


* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Bahagian malam, diisi dengan hiburan mendidik jiwa dari Mr. Bie, Mirwana dengan lagu-lagu mereka, Ameen Misran dengan poems yang sangat terkesan and terngiang-ngiang sampai sekarang, beb!! perghh.. terbaik.. dan pidato yang disampaikan oleh En Abu Ridhwan dengan penuh semangat membakar jiwa!! Dan majlis dibuka dengan alunan ayat suci al-Quran daripada Anas Abdul Hadi (graduanYarmouk University). Dan diselangi dengan penyampaian awards kepada para pemenang bagi setiap kategori yang telah dipertandingkan oleh pihak penganjur.. Mabrook!!
Ustaz Anas Abdul Hadi bertarannum

Moga perkongsian dapat menarik anda-anda semua untuk join YouthAce yang akan datang.. in syaa Allah..
Dan moga ia mampu memberi manfaat kepada kita semua.. in syaa Allah..

"Moga x 'trending' di Twitter shj.tp yg kita harapkn ialah para pesertanya mendapat cetusan untuk benar2 melaksanakn perubahan!"
-Hilal Asyraf

Ameen Misran the poetry

Mr Bie with his parody Islamic songs


Mirwana with their hot songs

sumber gambar dari fb dan twitter :3

Friday, 9 May 2014

Bangga Aku Seorang Mobbers

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahumma Solli 'Ala Muhammad wa 'Ala Alihi Wasohbihi Wasallam..

Flashmob..



Sebelum ini aku tak tahu apa itu flashmob. Satu apapun aku tak tahu apa-apa mengenainya.
sampailah satu hari, seorang sahabat fillah aku ajak untuk join flashmob PRAY4Mesir. Aku setuju dengan rela hati dengan penuh kexcitedannya.

Aku ingat lagi kali pertama aku join flashmob. 29 september 2013. Kami janji untuk bertemu di KTM Sg Buloh dan gerak sekali. Pertama kali join, tak payah cerita la nevesnya macam mana. Malam sebelum itu, tak tidur menambah maklumat tentang isu Mesir yang masih hangat. Punyalah semangat.

Kami bergerak dari Sg Buloh ke KL Sentral dan membuat pertukaran LRT ke Setiawangsa untuk berkumpul dengan Mobbers lain di pejabat IKRAM. Sepanjang perjalanan, banyak berdiam dan ada juga menyuarakan betapa nervous diri ini. Asyik-asyik tengok direction risau terlepas. Ye lah.. Tak pernah keluar jauh.. hahahaha...

Sampai sahaja ke Setiawangsa, kami menapak menuju ke pejabat IKRAM. Sampai dihadapan bangunan yang dimaksudkan, kami tak nampak Mobbers lain. Jadi, kami pi kedai mamak depan bangunan pejabat IKRAM tu, pekena roti canai sekeping. 

Habis sarapan, kami naik ke pejabat IKRAM selepas beramah mesra dengan Waddah, crew SUF.

Apakah SUF tu??

It stand for StandUp Flashmob.

Berbalik pada kisah tadi, menapak masuk saja ke dalam isi perut IKRAM tu, rupanya dah ramai Mobbers yang dah sampai. Salam dan ta'aruf. Beramah mesra lah lepas itu.

Makin lama, makin ramai yang join. Lebih daripada 30 orang kira ramai la kan..

So, seorang Crew SUF, Ibrahim, bermukaddimah dan menerangkan tentatif pada hari itu. Then, kami semua belajar gerakan simulasi bagi 3 buah lagu sekaligus. Fuhh, memang kena catch up habis lah kan. Pagi tu berlatih, petang kami 'hit the street.' 

Then, datang seorang brother. Kami semua dengar penerangan daripada dia pulak. Abang Din namanya. Dia rancang nak buat simulasi lakonan jugak.. 

Dalam hati aku, 'ushh, cam gempak je'.

Then dia nak sesiapa yang sukarela nak jadi pelakon. "Ikhwah semua terlibat. Yang akhawat kami nak 5 orang." Kata-katanya itu membuatkan semua akhawat menunduk.. Termasuklah aku.

Lama berdiam, Waddah tampil sukarela. Aku bermain mata dengan sahabat fillah aku ni, nak ke idak.. Aku da nervous tahap apa dah.. dah lah 1st time join.. Sahabat cheq tu pun sama..

Tetiba ja dia angkat tangan. Mata aku terus membulat pandang dia. Dia senyum sambil berkata, "Pengalaman." Pendek tapi memberi kesan pada diri aku.

Aku berkira sendiri dalam hati. Mungkin ini akan jadi yang pertama dan yang terakhir untuk aku. So, automatically, tangan ternaik sukarela..

After cukup pelakon, dan dah bahagikan watak masing-masing. Kami berlatih dalam 3 kali sahaja.

Situasi lakonan yang diambil adalah kejadian demontrasi di Dataran Raba'ah.

latihan gerakan simulasi lagu Gelombang Keadilan
Puas hati dengan lakonan dan gerakan simulasi, kami makan tengahari dan solat zohor. After that, gerak turun.


Punyalah nervous, samapai aku tak lalu nak makan. Semua suruh makan, aku senyum jaa.. Nak buat macam mana, kang masuk keluar balik lagi naya.

.................................................................................................................................................................
Usai solat zohor, kami siaga dengan poster masing-masing. Seperti yang dirancang, kami akan mengangkat poster di stesen LRT yang kami tempuh sepanjang perjalanan ke destinasi utama flashmob kami, SOGO KL.

Saat dilapangan itu, aku diresapi satu perasaan yang tak pernah aku rasa sebelum ini. Sukar untuk aku gambarkan bagaimana. Tapi ia sesuatu yang menyenangkan dan menyuntik semangat. 

SOGO KL, kami memakai headband 'STAND UP'. Kami menunggu masa yang sesuai untuk mulakan jihad. dan menunggu arahan dari 'boss'.

"Aisyah, ada polis," sahabat fillah aku memberitahu sambil menunjukkan ke arah kereta polis tersebut.

"Takpe, Nis. Kita buat benda baik, Allah bantu. Hasbunallah wa ni'mal wakeel." Aku mempositifkan diri. Sambil bluetooth charge + kepada sahabat fillahku.

Dapat arahan, kami bersiaga. Berkumpul untuk memulakan simulasi lakonan.

"Up! Up! Morsi! Down! Down! Sisi!" laungan kami tarik perhatian pengunjung. Kami berteriak sambil memegang poster. Menggambarkan demonstrasi di Dataran Raba'ah. Tetiba, kami diserang dengan pasukan bersenjata. Ada yang rebah. Dipijak. Diacu senapang. Memainkan peranan masing-masing. FREEZE.

Dikala itu, perasaan lain menusup. Airmata mengalir tanpa paksaan. Bukan sekadar aku. Rupanya, yang lain juga sama. Seperti kami berada di suasana sebegitu. Kami seakan rasai apa yang dirasa mereka.. Allah T_T

After freeze, kami teruskan dengan gerakan simulasi 3 buah lagu, Stand Up by Muadz, Gelombang Keadilan by Shoutul Harokah, dan Gemuruh by Faizal Tahir.

After that, laungan takbir memenuhi ruang. "ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!". Then, angkat poster berjalan seperti tiada apa yang berlaku. Dan terus ke destinasi seterusnya. Melakukan perkara yang sama.
tabung kemanusiaan turut berjalan. Alhamdulillah kutipan pada hari itu lebih kurang RM2697.20

.............................................................................................................................................................
Sejak hari itu, aku jatuh cinta dengan dunia flashmob. Aku semakin peka dengan hal berkaitan ummah. Aku semakin galak mengikuti aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada Palestin, Syria, Mesir dan negara Islam lain yang tertindas.

Ada yang bertanya pada aku. Apa benefit yang aku dapat dari flashmob ni?

Aku jawab: Aku lebih peka soal ummah. Aku lebih dekat dengan dakwah dan tarbiyyah.  Aku dapat rasa apa yang saudara kita rasa kat sana. Dan sekurangnya, ada perkara yang mampu aku sumbang selain doa. Ni permulaan jihad aku bersama mereka. Dan tak mustahil satu hari nanti aku akan memijak bumi mereka. dengan jalan ni.

Kau ni ibarat Anak orang disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Soal mereka kau ambil peduli, tapi negara sendiri kau letak tepi.

Siapa yang nak bantu umat Islam kalau bukan umat Islam sendiri? Bila masa pula aku tak ambil tahu soal negara? Tak semestinya aku berdiam, aku tak ambil port. Negara aku, tanah tumpah darah aku, tempat aku dilahir, dibesarkan takkan aku tak ambil peduli?

MH370, GST, HUDUD.. 3 perkara besar yang viral sekarang.. dan aku mengikutinya. Soal Palestin, Syria, Mesir.. ia soal ummah..Kau ikut aku turun flashmob.. Kau akan faham..

Aku bangga aku seorang mobbers walaupun kelak aku akan digelar sebagai militan. Kerana itu jalan jihad aku. Allah takkan lihat apa yang kita dapat, tapi Allah lihat usaha kita. Ini usaha aku untuk membantu mereka. Bersatu dengan mobbers lain menyedarkan masyarakat tentang apa yang jadi dekat sana. Apa sebenar-benarnya yang berlaku yang tak diwar-war oleh media masaa. Membersihkan penyelewengan berita yang tersebar dengan info yang sahih. Agar masyarakat juga bangkit mempertahan ummah.

flashmob 30/3/2014-PRAY4EG529

15/4/2014-PRAY4EG529