Wednesday, 27 February 2013

Mana Milik Kita?

Bismillahirrahmanirrahim..

hidup ini tak terduga perjalanannya.. kita tak pernah tahu apa yang akan kita lalui.. dan takkan pernah tahu melainkan setelah kita laluinya.. kerana masa hadapan kita hanya DIA yang ketahui..
hari ini mungkin kita kita masih lagi bernafas.. siapa tahu esok, tidak lagi kita boleh menghayati nikmat kurniaan ALLAH yang satu ini.. itu bererti kita sudah berada di alam lain.. alam BARZAKH.. sudahkah kita menyiapkan diri menghadapinya? mampukah kita menjawab setiap persoalan yang diutarakan dengan sebaiknya? atau kita meronta meminta dihidupkan kembali untuk bersujud kepada-Nya? waktu itu dah tiada guna..
setiap yang hidup pasti akan mati.. kerana segala yang ada di dunia ini pinjaman semata.. bila-bila sahaja DIA akan mengambil semula apa yang dipinjamkan pada kita.. jangan bermegah dengan apa yang kita punya kerana itu bukan milik kita.. sedarlah, kita ini tidak punya apa-apa.. ini semua hanyalah alat untuk bekalan kita di sana kelak.. maka, gunakanlah alat-alat ini dengan sebijaknya.. agar alat-alat ini tidak merosakkan kita, iman kita.. tepuk dada, tanya iman..
kita masih punya waktu untuk menebus kembali segala kesilapan kita segala tubuh ini masih hangat.. kita masih lagi punya ruang untuk bersujud pada-Nya selagi nadi masih berdenyut.. kita masih lagi punya masa untuk mendapatkan cinta-Nya selagi nafas masih lagi berhembus...

#MENGHARAP MAGHFIRAH ALLAH#